Monday 26 May 2014

Resepi Telur Bungkus

As- salam

Sementara rajin nie.. baiklah update satu lagi resepi.. Affi pun dah selamat tido. Jadi bolehla update laju-laju..

Menu kedua hari nie, telur bungkus.. di masak sekali dengan Udang Goreng kunyit lauk untuk malam nie. Jom tengok resepi nie.





Resepi Telur Bungkus

Bahan-bahan

2 biji telur 
1 biji tomato -potong dadu
1/2 biji lobak merah
1/2 biji lada benggala
1/2 biji timun cina
2 helai daun limau purut
1 keping daging burger 
2 biji bawang putih -(ketuk/smash)
1/2 biji bawang besar di potong dadu
4 jenis sos:
 Sos tomato
 Sos Cili 
 Sos  cili thai/ sos pencicah
 Sos tiram
Garam
Gula

Cara-cara masak inti
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  • Agak dah garing, masukkan bawang .. tumis sampai layu 
  • Masukkan pula daging burger yang telah di hancurkan2 sedikit.
  • Campur semua sayur-sayuran yang di dadu.. biar seketika..
  • Masukkan 1/2 cawan air.. dan semua 4 sos hingga masak dan agak kering..
  • Perisakan dengan gula dan garam.. Kalau nak sedap lagi, letak 2 sudu kecil air limau kasturi @ sunkist pun boleh

Cara-cara masak telur
  • Telur dupukul sedikit bersama garam.
  • Goreng la di kuali yang bulat.. tebar besar.. dengan api perlahan
  • Letak lauk di tengah-tengah dan bungkus. hati-hati jgn sampai hangit ye telur tu.. proses ni tak lama... Siap
 Ok settle menu malam nie. Moga menjadi satu perkongsian yang bermanfaat.. 

 

Resepi Bujang Udang Goreng Kunyit Simple

As- salam..

Balik kerja terasa lapar yang amat. Ada pulak office mate tadi sebut-sebut pasal masak ayam goreng kunyit.. disebabkan semalam baru je masak ayam, takkan hari- hari nak makan ayam kan.. so kita masak udanglah. teknik sama je.. bahan je berbeza.

Jom jengah dapur ape yang saya masak hari nie.. sebelum terlupa nie untuk 3 orang makan je tau..kalau lebih  atau kurang kena budget sendiri ye..





Resepi   Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan

Udang 6-7 ekor (Ikutlah udang ape pun)
1/2 batang lobak merah- hiris panjang-panjang
1 batang timun cina-hiris panjang-panjang
2 ulas bawang putih (ketuk/smash)
Cili padi @ Cili benggala (kalau suka pedas letak cili padi)
1/2 labu bawang besar hiris
Halia-hiris panjang-panjang
Serai- saya tak letak sebab takde.. 
Kunyit
Garam


Cara-cara

  • Basuh udang dan perap sekejap bersama kunyit dan garam
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga layu.
  • Masukkan sayur-sayur yang telah di hiris, hingga layu juga.
  • Kemudian masukkan udang. udang tak perlu dimasak lama.. kalau tak hilanglah rasa.. 
  • Agak-agak air udang hampir kering, masukkan cili @ lada benggala dan bawang dan perisakan. Siap.


Pastu bolehlah hidang.. makan dengan nasi panas-panas. Menu simple tapi bolehla untuk yang baru balik kerja dan kelaparan.. he he
Semoga jadi menu yang bermanfaat..

Sunday 25 May 2014

Resepi Pulut Mangga Mudah & Sedap

As- Salam..

Jom try resepi pulut mangga nie pulak sementara musim Harum Manis nie..tak harum manis pun.. mangga ape2 boleh je.. yang suka pulut-pulut nie sebenarnya bukan lah saya.. tapi en suami.. setelah di google2 nielah resepi yang saya dah try dan bestlah.. bolehla nak jamu family petang2 hari.. atau kawan2 ofis..

Resepi Pulut Mangga Mudah & Sedap

Bahan-bahan.

4 cawan beras pulut @ 500 gm
1 kotak santan- jadikan 750 gm
Daun pandan
6 sudu teh tepung jagung
2 sudu teh tepung beras
Garam
9 sudu Gula
Mangga

Cara-cara

  • Panaskan kukusan, dan basuh beras pulut.. toskan beras pulut sementara tunggu kukusan mendidih.
  • Masukkan beras pulut ke dalam loyang dan masukkan air putih selaras dengan beras pulut tadi.  Untuk 4 cawan beras ambil masa 20-30 minit untuk pulut masak.
  • Sementara menunggu pulut masak, kita sediakan sos santan.
  • Masukkan semua santan ke dalam periok.. tambahkan garam dan 3 sudu gula
  • Masak sehingga mendidih dan ketepikan separuh.
  • Untuk sos santan.. Bancuh tepung beras dan tepung jagung kedalam bekas bersama 1/2 cawan air dan campur bersama lebihan santan tadi. Masukkan 6 sudu gula atau ikut tahap kemanisan masing-masing.  Masak sehingga mendidih, agak pekat dan ketepikan..

    Ni rupa sos santan untuk di makan bersama pulut nanti
     
  • Periksa pulut setelah 20 minit sekiranya pulut dah masak.. keluarkan..



 
Pulut ni kaler hijau sebab saya letak paste pandan.. tak sempat beli daun pandan pulak..

  •  Transfer pulut ke dalam bekas besar sikit untuk mudahkan kita menggaul. Masukkan santan yg kita asingkan tadi kedalam pulut sementara pulut masih panas sedikit demi sedikit.. hingga mesra.. kita akan nampak pulut berkilat.. Siap.
  • Seterusnya hidangla kedalam pinggan bersama Harum Manis/ apa jenis mangga.

  • Kalau ada lebih bawak pergi ofis.. jamu kawan-kawan.. :)

Semoga menjadi perkongsian resepi yang bermanfaat...

Resepi Nasi Mandy (Nasi Arab paling mudah)


As-Salam..


Untuk first entry nie saya kongsi masakan favorite saya & Affi ye.. susah rupanya nak commit mengupdate blog nie.. selama ni ingat senang.. terbengkalai, dah bersawang baru nak update..


Senang je masak nasi mandy nie.. dari membazir bayar berbelas RM baikla kita singsing lengan masak je sendiri... kan.. ok.. jom kita tengok cara-cara memasak nasi mandy ye.. resepi nie untuk 7-8 orang makan complete dengan salatoh & zabadi skali.. Kalau tak ramai separuhkanla semua bahan-bahan ye..


Bahan-bahan


 Bahan A (Untuk Ayam & Air untuk nasi)

1 ekor ayam di potong 8 @ ikut suka

1/2 cm halia di mayang

1 sudu teh serbuk ketumbar 

1 sudu teh serbuk jintan manis 

1 sudu teh serbuk jintan putih 

1 sudu teh serbuk kunyit 

1 sudu teh serbuk lada hitam 

1 helai daun salam 

1 sudu makan minyak zaiton

1 biji tomato di potong dadu

1 labu bawang merah dipotong dadu

1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 

Garam dan gula secukup rasa  









Bahan B (Untuk nasi)

4 cawan beras

1/2 cawan minyak zaitun  

2 labu bawang besar - potong dadu 

5 ulas bawang putih - mayang 

1/2 cm kulit kayu manis 

1 kuntum bunga lawang 

2 biji buah pelaga 

5 tangkai bunga cengkih 

1 helai daun bay

1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara 








Cara-Cara



Panaskan minyak zaiton dalam periok, kemudian tumiskan bawang, halia.
  • Biarkan sehingga naik bau dan masukkkan pula tomato.
  • Setelah agak-agak layu.. masukkan bahan-bahan kering tadi-(dalam pic semua yang dalam sudu tu dan daun bay)
  • Tumis sekejap dan masukkan air.. tunggu sehingga air mendidih kemudian masukkan ayam.. diikuti garam dan bahan perisa(saya tak letak sebab rempah2 tu dah cukup rasa)
  • Masak la sehingga ayam tu betul-betul masak.




                              -  Inilah rupa bila ayam tu dalam periok.



  •  Settle bahan-bahan A, kita sambung bahan B pulak, untuk masak nasi. 
  •  Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan sehingga naik bau. 







  • Masukkan beras dan goreng seketika 5-10 minit je.


  • Masa beras tu siap digoreng, confirmed yang ayam (bahan A) dah masak time nie.. angkat ayam kemudian toskan.. dan ambil air rebusan dan bolehlah disukat air tu untuk nasi..

Ukuran untuk air:

 1 cawan = 1 ¾ cawan air

- nie untuk yang suka nasi tak terlalu keras.. kira sedang-sedanglah.

Ada yang suka 1 cawan = 1 ½ cawan.. ikutla selera masing-masing.

 







  • Lumurkan ayam ini dengan minyak zaiton. Ketepikan. 











  • Pindahkan beras tadi kedalam rice cooker, dan masukkan air rebusan tadi bersama-sama dengan beras.






  • Masaklah macam nasi biasa. (Masa ni bolehlah bakar arang atas dapur.. jgn terlalu besar.. agak-agak besar 3 jari dewasa. )
  • Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi.
  • Buat aluminium foil bentuk kon, masukkan 2 sudu minyak. Letakkan di tengah tengah nasi. (pastikan tidak tumpah)
  • Masukkan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. (Inilah penyedap nasi tue)
  • Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salatoh dan zabadi.



Bahan Salatoh

6 biji tomato

4 biji cili padi

4 biji bawang putih

Gula

Garam



Cara-Cara

 Blender semua bahan kecuali gula dan garam – guna blender tanpa air..





  • Masuk dalam periok kecil
  • Didihkan dan perasakan dengan gula dan garam.
  • Ada orang tak masak.. terus hidang je, .. tapi saya lebih selesa untuk masak sekejap..
  • Settled salatoh.. kalau suka pedas bolehla tambah cili lagi kalau tak suka kurangkan.. kalau yang makan 3 orang tomato tu 3 biji dah cukuplah.




Bahan Zabadi

2 biji timun biasa/timun cina

½ biji bawang besar dihiris

1 biji lobak merah

Yogurt

3 sudu besar Mayonese

Garam




Cara-Cara



  • Hiris semua bahan2 nipis-nipis, basuh dan masuk dalam bekas besar sikit.




  • Campurkan yogurt dan mayonese kedalam bahan-bahan yang dipotong tadi.






  • Perasakan dengan garam. Siap.








  •  Nilah hasil salatoh dan zabadi.






  • Ini pulak hasilnya.. jemputlah cuba.. Insyallah sedap..






  • Nielah budak yang suka makan nasi mandy nie.. hu hu..  Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat... :)