Saturday 16 November 2019

Kari Ikan Salmon

 Assalammualaikum..

So menu di hari sabtu nie.. kita masak menu sihat tak guna santan. Those yg tak suka boleh ganti santan ye. Menu salmon nie tak pedas sesuai untuk anak-anak kecik yang tak makan pedas. Tapi kalau nak pedas just tambah la cili kering blend.

Biasa memang saya akan masak seringkas yang mungkin sebab tak nak spend masa terlalu lama di dapur.. nanti makcik kecik tu menangis.. tambah2 hari nie big bos pergi Family day kat Pudu Ulu. menjaga 3 orang budak kecik nie alone bukan calang2  ye..  tidak semudah ABC..ha ha ha..

Jom kita tengok resepi ok.

Bahan2

Ikan salmon (saya cuma guna kepala sebab kepingan isi utuk Hana)
Daun kari
Rempah kari 2 sudu
Kunyit serbuk 1 sudu kecil
Paste asam jawa 1 sudu kecil
Susu cair 1 secawan
Mayonis 1 sudu besar (untuk rasa lemak)
Kentang sebiji
Tomata sebiji potong 4


Bahan kisar
Bawang kecil 2 biji
Bawang putih 2 biji
Halia 1/2 inchi


Cara2nya:


  1. Campurkan bahan kisar dgn rempah kari dan kunyit serbuk
  2. Panaskn minyak dan start menumis daun kari. nila dah naik bau, masukkan bahan diatas..
  3. Bila dah naik minyak, bolehla masukkana ikan, diikuti dgn kentang. Masukkan air masak 1/2 cawan.. biar mendidih sekejap.
  4. Lepas 5-6 minit, masukkn susu dan mayonis.
  5. Perasakan dengan gula, garam dan maggie cukup rasa
  6. Agak2 kuah dah masak, masukkan tomato. 
  7. Sedia untuk santapan.

Seisi menumis bahan kisar



Selepas letak susu cair. 



Menu kita hari nie, telur dadar, kari salmon & peria goreng udang kering


Tunduk menikmati makanan.. he he

Ok semoga resepi bermanfaat untuk semua. 


No comments:

Post a Comment